Dalam menjalani kehidupan seharian, kita berhajat supaya segala urusan seharian kita dapat berjalan dengan lancar dengan izin-Nya. Oleh sebab itu kita sangat digalakkan untuk memohon, berdoa kepada Allah سبحان و تعالىٰ supaya segala urusan kita dipermudahkan oleh-Nya hatta hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terpu-tus.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:
لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah سبحان و تعالىٰ segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus. (Jami’ Tirmizi : 3604)
Sesungguhnya milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan re’meh. Sesungguhnya jika Allah سبحان و تعالىٰ tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya.
Hakikatnya, segala apa yang kita perolehi di dunia ini datangnya daripada Allah سبحان و تعالىٰ .
4 DOA YANG MEMBUAT HARIMU MUDAH DAN BERKAH
Lelaki ini berkongsi 4 doa yang menjadi kebiasaannya berdoa sehari-harian dan sangat terasa (berkesan) doa-doa ini memudahkkan hari-harinya dan memudahkan urusan-urusan beliau. Jom kita ikuti perkongsian ini
#DOA PERTAMA – KETIKA KELUAR DARI RUMAH
Ketika keluar dari rumah ke tempat kerja atau ke suatu tempat, mohonlah agar selalu dalam perlindungan Allah dengan doa :
#DOA KEDUA – KETIKA MASUK PEJABAT/TEMPAT KERJA
Ketika sampai ditempat kerja mohonlah agar diberikan kemudahan segala urusan :
#DOA KETIGA – KETIKA MENGHADAP BOS, PEGAWAI ATAS / CLIENT
Ketika ada urusan untuk bertemu dengan pihak atasan misalnya, atau pelanggan, maka mohonlah agar sentiasa tenang, lidah yang fasih agar apa yang kita perkatakan dapat difahami.
#DOA KEEMPAT – KETIKA PULANG KE RUMAH, SAAT MASUK
Saat pulang ke rumah bacalah doa :
Amalkan, saya yakin hari anda akan lagi lebih mudah, lebih berkah… InsyaAllah
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk