4 Doa Pembuka Pintu Rezeki. Jom Sama-Sama Kita Mengamalkannya

Dalam surah Al-Ghaafir ayat 60, Allah سبحانه و تعالى‎ mengkhabarkan berita gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon sesuatu hajat dalam firman-Nya :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Di dalam Islam, berdoa amat dianjurkan hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan Allah سبحانه و تعالى‎ .

Doa merupakan salah satu bentuk permohonan dan kerendahan hati seorang hamba di hadapan Sang Pencipta.

Ia bagaikan senjata bagi orang-orang Mukmin, perlindungan bagi orang-orang yang lemah, ubat yang paling hebat bagi mereka yang dalam kesusahan.

Tidak ada seorang pun yang harus lepas daripada doa.

Bahkan para Nabi pun, sebagai kekasih-Nya, berdoa dan menjadikan doa sebagai senjata mereka dalam keadaan senang dan susah.

4 DOA PEMBUKA PINTU REZEKI

Sebagai insan, sudah tentu tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

DOA AGAR BANYAK HARTA DAN PANJANG UMUR

“Ya Allah, perbanyakkan hartaku dan keturunanku, berkatilah pada apa yang Kau berikan kepadaku, panjangkan umurku dalam ketaatan pada-Mu, perbaikilah amalanku dan ampunkan akan diriku”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

DOA SELEPAS SOLAT SUBUH

“Ya Allah! aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah & Ahmad)

DOA AGAR QANA’AH ( SELALU RASA CUKUP )

“Ya Allah, cukupkanlah rezeki daripada apa yang Engkau kurniakan bagiku, & berkatilah ia buat diriku, & gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripada diriku dengan sesuatu yg lebih baik”. (Hadis Riway Al-Bukhari)

DOA AGAR DAPAT MELUNASKAN HUTANG

“Ya Allah! Cukupkanlah aku dgn rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengangn kurniaMu (hingga aku tidak meminta) kepada selain dariMu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Maka, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang remeh.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles