4 Amalan Yang Dapat Menyuburkan Sifat Ubudiyyah Dan Dapat Membina Jiwa Yang Taat Pada Allah Dalam Diri Seseorang Muslim

Ubudiyyah secara umumnya memberi makna ibadah manakala secara khususnya dapat difahami dengan erti pengabdian kepada Allah سبحانه و تعالى. Inilah yang merupakan sebab mengapa Allah سبحانه و تعالى menciptakan manusia dan jīn itu sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالى yang bermaksud:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”.[Al Dzariyat:56]

Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ). Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.

4 AMALAN YANG DAPAT MENYUBURKAN SIFAT UBUDIAH DAN DAPAT MEMBINA JIWA YANG TAAT PADA ALLAH DALAM DIRI SEORANG MUSLIM

1.  ZIKRULLAH.

(Solat, Al-Ma’thurat, Qiraatul Qur’an, Selawat kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan semua jenis Zikrullah)

2. MENUNTUT DAN MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU.

(Khususnya Ilmu-Ilmu yang berkaitan dengan Wahyu yang akan menambah Maklumat tentang Allah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan kefahaman Islam,  seperti mempelajari Tafsir, Hadith, Aqidah, Fiqh, Tasawwuf, Sirah dan lain-lain)

3. BERKHIDMAT KEPADA RASULULLAH  صلى الله عليه وسلم.

(Menyumbang tenaga dan khidmat terhadap apa sahaja usaha/amal yang dapat menguatkan, membela, menyebarkan dan menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم)

4. MEMPERBANYAKKAN INFAQ DAN SEDEKAH.

[Petikan dan Ringkasan dari Risalah “غذاء العبودية” karangan Al-Ustaz Saed Hawwa]

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Related articles