4 Amalan Ringkas Ini Boleh Menjadi Penyebab Terangnya Kubur Dan Diluaskan Kubur Seluas Mata Memandang.

Ulama mengatakan ma(ti) itu adalah satu perpindahan.

Ada satu kisah masyhur, Saidina Uthman Ibn Affan رضي الله عنه berjalan melintasi sebuah kawasan perku(buran).

Tiba-tiba beliau berhenti melangkah dan terdiam, kemudian air matanya mengalir sehingga membasahi janggutnya.

Melihat Saidina Uthman رضي الله عنه menangis teresak-esak di tepi ku(bur) itu, seorang sahabat bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan nera(ka) serta segala penderi(taan) di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tetapi, hari ini apabila engkau berjalan di tepi kubu(ran), engkau menangis. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Uthman رضي الله عنه menjawab: “Kerana Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda,

Maksudnya : ‘Ku(bur) ini tempat pertama dari tempat-tempat akhi(rat) dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari ku(bur) itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”

Hanya amalan soleh yang dibawa sebagai bekalan menempuh ‘alam’ seterusnya.

Setiap orang beriman perlu sedar dan tidak memandang ringan keadaan dan perihal yang bakal mereka tempuhi apabila tiba masanya untuk ‘menghuni’ alam ku(bur) satu masa nanti.

4 AMALAN/PERKARA YANG BOLEH MENJADI PENYEBAB TERANGNYA KU(BUR) & DILUASKAN KU(BUR) SELUAS PANDANGAN MATA

Di dalam kitab النورين في إصلاح الدارين karangan al-Imam al Hubaisyi رحمه الله تعالى dinyatakan beberapa cara ataupaun amalan yang dapat menyelamatkan seseorang daripada dasyatnya a’zab ku(bur).

4 Cara Untuk Selamat Daripada Azab Kubur :

  1. Banyakkan Membaca Tasbih
  2. Menjaga Wudhu’
  3. Bersedekah
  4. Menjaga Solat Fardhu Yang 5 (Iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak)

Keempat-keempat amalan ini boleh menjadi penyebab terangnya ku(bur) dan diluaskan ku(bur) seluas pandangan mata.

Kita perlu sentiasa merancang untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun sudah mening(gal) dunia

Berkenaan dengan perbahasan solat 5 waktu, disebut di dalam Syarah al-‘Ainiyyah Imam al Haddad oleh al Habib Ahmad bin Zein al Habsyi رحمه الله تعالى

Barangsiapa yang tak jaga solat fardhu yang 5 (dengan meringan-ringankannya & bersikap sambil lewa tentang solat 5 waktu yang difardhukan ke atasnya), maka :

  • Akan ditarik keberkatan dalam hidupnya
  • Akan ditarik keberkatan pada rezekinya
  • Tak dimakbulkan doanya, bahkan do’a orang yang soleh tak bermanfaat untuknya, iaitu ketika dia bertemu dengan orang-orang soleh & meminta mendoakannya nescaya doa itu tak memberi manfaat untuknya
  • Akan ditarik cahaya daripada wajahnya
  • Tak diganjari amalannya (kerana amalan utama yang ditanya di hari akhirat kelak ialah berkenaan solatnya)
  • Dima(ti)kan dalam keadaan yang hi(na)
  • Sempit dan gelap kuburnya
  • Allah سبحانه و تعالى tak memandang kepadanya.

Perbanyakkan berdoa agar kita termasuk dalam kalangan hambaNya yang sentiasa memelihara solat, tidak cuai dan lalai dalam melaksankan ibadah solat. Dicampakkan rasa manisnya dan khusyuk dalam melaksanakan ibadah solat seterusnya Allah سبحانه و تعالى menerima solat kita.

رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Mohd Shahrul Naim Fauzi

Related articles