30 Malaikat Belumba Menjadi Pertama Mencatat Orang Yang Menyebut ‘حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيه’ & Ini Waktu Membacanya

I’tidal merupakan perbuatan berdiri di antara ruku’ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah رضي الله عنها ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, katanya:

كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِىَ قَائِمًا

Maksudnya: “Apabila mengangkat kepalanya daripada ruku’, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri te-gak.” (Riwayat Muslim No. 498)

Hadith seterusnya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda ketika mengajarkan cara-cara bersolat kepada seorang lelaki yang tidak melakukannya:

ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا

Maksudnya: “Kemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak.” (Riwayat al-Bukhari no.724) dan Muslim no.397)

Namun tahukah anda, ada sebuah hadis yang mengatakan bahwa malaikat berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatat amal orang yang membaca doa i’tidal ini saat solat?

Hadis tersebut ditemukan dalam riwayat Imam Bukhari dalam Sahih-nya :

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ، قَالَ كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ ‏”‏ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏”

Rafi’ az-Zaraqi رضي الله عنه berkata: Suatu hari, kami solat bersama Nabi صلى الله عليه وسلم. Apabila baginda mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca (سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏) ‘Sami’allahu Liman Hamidah.

.‏ قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيه،

Seorang lelaki di belakangnya membaca: (رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيه) Tuhan kami, untuk-Mu segala puji, pujian yang banyak, lagi baik, lagi diberkati.

‏‏ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ ‏”‏ مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَنَا‏.‏ قَالَ ‏”‏ رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ ‏”‏‏.

Selesai solat, Nabi bertanya: Siapa yang membaca kalimah tadi: Lelaki itu menjawab: Saya. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Aku melihat lebih kurang tiga puluh malaikat berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 799]

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles