3 Sebab Kenapa Perlu Setia Pada Yang Satu, Ini Nasihat Syeikh Dr. Yusri Kepada Para Suami Di Zaman Ini

Syeikh Dr. Yusri Rushdi menasihati para suami di zaman ini agar berpada dengan seorang isteri sahaja supaya:-

  1. Menjamin setiap anak (yang sedia ada) mendapat pendidikan serta kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah.
  2. Menghargai hati seorang isteri dan tidak sekali-kali melukaīnya.
  3. Melebihkan waktu beribadah sebagai seorang hamba untuk bermunajat kepada tuanya.

Huraian murid:-

Guru menasihati demikian bukanlah kerana ingin menafikan hak lelaki yang berkemampuan, bukan juga kerana tidak mahu nasib wanita dibela

namun nasihat ini dibuat atas desakān zaman, di mana amalan berkahwin lebih dari seorang ketika ini kurang sesuai diamalkan atas beberapa faktor:-

PERTAMA

1- Pertamanya adalah kerana ingin memberikan ruang masa yang secukupnya buat si ayah mendidik setiap seorang dari anaknya, meliputi pendidikan dunīawi mahupun ukhrawi.

Ayah yang menjadi tempat anak-anak bermanja sewaktu kecil, ayah yang menjadi sahabat karib mereka tatkala dewasa.

Di samping memastikan pembelanjaan harian mereka mencukupi, lebih-lebih lagi menjamu mereka makan makanan yang berkhasiat dan sihat.

KEDUA

2- Kedua, menjaga hati dan perasaan sang isteri yang sudah banyak berkōrban, yang selama ini sanggup bersusāh payah bersama.

Pembahagian saksama amat sukar dicapai, kerana rasa tak puas hati pasti timbul dalam kalangan isteri.
Ini diakui sendiri oleh para suami yang telah berpolīgami.

Apa yang lebih dibimbangi lagi adalah masjid yang tersergam indah selama ini akan robōh dek kerana membela pihak ketiga,

isteri pertama yang pada awalnya merelakan diri dimadukan, makan hati berulam jantung akībat perlakuan suami ataupun madunya sesudah berkahwin.

KETIGA

3- Ketiga, kesempatan waktu bagi melakukan ibadah sendirian.

‘Me Time’

Sebagaimana seorang ibu memerlukan ‘Me time’ ketika penat menguruskan keperluan harian anak-anak, ketua keluarga juga turut memerlukannya.

Isilah ‘me time’ ini secara bersendirian, berzikir, selawat serta bermunajat.

Dengan adanya ‘me time’ atau ‘uzlah’ ini, para suami dapat memuhasabah diri, menginsafi kesīlapan yang lalu dan dapat mengatur semula strategi untuk mencapai kebahagian dalam rumahtangga.

Di samping itu, ‘uzlah’ untuk beribadah ini berupaya menjauhkan diri dari terus menerus serabut dengan hal ehwal keduniaan, yang akhirnya membuatkan kita kembali sedar tujuan penciptaan diri sebagai seorang hambā di atas muka bumi.

Allah yang Maha Mengetahui
.
.
Kredit: Ustaz Behnesa El-Minya
#mutarjimclips

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : mutarjimclips

Related articles