3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap Dan Tahan Lama.

Sambal kicap memang tidak asing lagi dalam kalangan kita. Sering digunakan dalam pelbagai hidangan sebagai penambah rasa. Sesetengah hidangan jika ditambah dengan sambal kicap menjadikan hidangan itu sempurna rasanya seperti sup, ikan bakar dan sebagainya.

Nak buat sambal kicap yang sedap dan tahan lama ada tips dan petuanya. Mari ikuti perkongisan Fatimah Naamat di bawah ini.

3 TIPS SAMBAL KICAP LETOPS TAHAN LEBIH LAMA & SEMESTINYA SEDAP

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.

ADVERTISEMENT

1. CILI DAN KICAP MESTI SAMA RATIO

Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.

Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

ADVERTISEMENT

2. BLENDER/KISAR SAMPAI HANCUR BIJI CILI

Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.

3. MASAK ATAS API PERLAHAN SAMPAI IANYA PEKAT DAN LIKAT

Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

ADVERTISEMENT

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

TIPS EKSTRA :

Thanks pada kawan-kawan di FB yang berikan tips extra.

1. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini

2. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa

3. Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika

Share post ni supaya kawan-kawan FB yang lain dapat manfaatnya. Thanks semua.

Tim, Peminat Sambal Kicap Tegar.

Sumber/Foto : Fatimah Naamat

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles