3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم Paling Benci.

DARI Abu Hurairah رضي الله عنه katanya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:

“Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke syurga ialah taqwa kepada Allah سبحانه و تعالى‎ dan akhlak yang baik.”

Baginda ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk nera(ka)?” Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab, “mulut dan kema(luan).” (Riwayat at-Tirmidzi).

ADVERTISEMENT

Kemampuan berbicara adalah salah satu kelebihan yang Allah سبحانه و تعالى berikan kepada manusia untuk berkomunikasi dan menyampaikan keinginan-keinginannya. Ungkapan yang keluar dari mulut manusia berbentuk ucapan baik, kata-kata bu(ruk), ke(jian), pujian dan sebagainya yang akan membawa kepada nera(ka) dan punca peroleh syurga Allah سبحانه و تعالى . Itu semua berpunca daripada satu anggota yang kecil dan tersembunyi iaitu lidah.

Imam Al-Ghazali رحمه الله menulis menerusi Ihya’ Ulumuddin membahaskan secara lengkap perihal bahaya lidah ini bagi menunjukkan peripentingnya menjaga lidah dan bahaya yang boleh menimpa seseorang hanya dengan lidah ini. Maka benar, bak kata pepatah “lidah tidak bertulang” yang mampu mendatangkan sukar jika tidak dikawal.

Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم  Baginda bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah سبحانه و تعالى  dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ADVERTISEMENT

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم Paling Ben(ci).

1. Thartharun

ADVERTISEMENT
  • iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka men(celah) percakapan orang lain dan gemar mengua(sai) perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. Mutasyaddiqun

  • iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang meren(dah)kan atau me(remeh)kan orang lain.

3. Mutafayhiqun

  • iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

“Sesungguhnya orang yang paling aku ben(ci) dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memper(olok) orang lain dan orang yang sombong bicaranya” (Riwayat al-Tirmidzi).

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Dr. Kamilin Jamilin

ADVERTISEMENT

Related articles