“SOLAT TIDAK DITERIMA?” – 3 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya Oleh Allah SWT
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:
))ثَلَاثَةٌ لَا تَرْتَفِعُ صَلَاتُهُمْ فَوْقَ رُءُوسِهِمْ شِبْرًا رَجُلٌ أَمَّ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ وَأَخَوَانِ مُتَصَارِمَانِ((
“Ada tiga kelompok yg solatnya tidak terangkat walau hanya sejengkal di atas kepalanya (tidak diterima oleh Allah سبحانه و تعالى ):”
1. “Orang yg mengimami sebuah kaum tetapi kaum itu membencinya.”
2. “Isteri yang tidur sementara suaminya sedang marah kepadanya.”
3. “Dua saudara yg saling mendiamkan (memutuskan hubungan silaturrahim).” ( Hadis Riwayat Ibnu Majah, hadith hasan ]
Hadis di atas menjadi dalil tentang 3 golongan yang tidak diterima langsung solatnya oleh Allah سبحانه و تعالى .
???? Golongan Pertama
Para ulama telah pun memberikan penjelasan tentang makna imam yang diben’ci jema’ahnya, bahwa benci yang dimaksud adalah ben’ci yang dibenarkan syariat, semisal imamnya adalah orang yang fa-sik, atau sebenarnya tidak layak jadi imam. Imam Al-Munawi mengatakan,
“Imam ini solatnya batal kerana dia terce’la secara syariat, misalnya kerana kefa-sikan atau perbuatan bid’ah yang dia lakukan, atau terlalu mempermudahkan masalah na-jis, atau mening-galkan salah satu rukun dan wajib solat…”
Akan tetapi jika ada seorang imam solat yang baik akhlaknya, bagus pemahamannya, menjalankan kewajiban sebagai imam sebagaimana mestinya, namun masih ada juga orang yang tidak menyukainya kerana alasan yang tidak dibenarkan, misalnya akibat perbezaan pendapat, maka keben’cian ini tidak bererti apa-apa. Sebagaimana keterangan Ibnu Qudamah,
“Jika imam itu agamanya bagus, mengikuti sunnah, kemudian ada jemaah yang tidak suka kerana prinsip agamanya itu maka dia tidak dimakruhkan untuk menjadi imam.” (Kitab al Mughnie)
Seseorang Imam itu perlu cukup syaratnya jika ingin menerima tugas (sebagai imam), sebaiknya majoriti ahli telah menyetujuinya.
???? Golongan Kedua
Ini adalah tentang seorang wanita. Ia tentang perlakuan bu’ruk seorang isteri (berbuat kemung-karan dan kemak-siatan yang besar) yang mengundang marah suami kepada dirinya. Selama mana suaminya tidak redha maka selama itulah solatnya tidak diterima Allah. Sehingga ulama mengatakan asas perlakuan seorang isteri kepada suaminya adalah Tholabu Ar-Ridha (mencari kerelaan/keredhaansuami), selama suami tidak memerintahkan berbuat mak-siat. Sebagaimana ini diisyaratkan dalam hadis-hadis lainnya seperti :
فَانْظُرِيْ أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنارُكِ
“Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena dia adalah Syurga dan Nera-kamu.” (Hadis Riwayat Thabrani)
أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ
“Wanita manapun yang mening-gal dan suaminya dalam keadaan redha (kepadanya), nescaya dia masuk Syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Dalam urusan suami-isteri, salinglah kamu meredhai dan memaafi kekurangan jua kekhilafan di antara satu sama lain. Redha dan bersyukurlah, maka tiada siapa yang akan rugi. Kebahagiaan yang dikecapi bersama di alam dunia biarlah berlanjutan ke Syurga sana buat keduanya.
Nota :
Para suami, jangan pula merasa bangga sebagai Ketua Keluarga jika isterinya tidak redha kepadanya atas sebab menza’limi dan tidak bertanggungjawab, maka segala amal suami juga tertahan dan tidak memberi apa makna walau beribadah saban malam dan berdo-sa. Allah itu Maha Adil
???? Golongan Ketiga
Golongan mereka yang suka memutus silaturrahim. Memben’ci dan berden-dam sehingga tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. Tidak diterima lansung solat mereka yang memutuskan silaturrahim. Bayangkanlah 3 tahun kamu berma’sam muka, maka 3 tahunlah juga solat kamu cuma mendapat penat dan sia-sia duduk-bangun? Rugi kan?
Jangan anggap remeh perkara ini. Merugilah golongan manusia yang tertolak amal solatnya kerana itulah amal yang pertama akan dihisab oleh Allah nanti…(malah kita sangat disaran agar perbanyakkan solat-solat sunnah, takut-takut ada kekurangan pada solat fardhu kita).
********
Ampunilah kesa’lahan kami Ya Allah, dan terimalah semua solat yang kami dirikan.. amin
والله أعلمُ
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Fazli Pali