Blender antara pekakas elektrik yang sangat berguna memudahkan kerja harian. memuFungsi blender adalah untuk menghancurkan atau menghaluskan bahan makanan yang memiliki tekstur tidak terlalu keras dan basah. Blender biasa digunakan untuk menghaluskan sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan, hingga makanan beku.
Namun lama kelamaan mata pisau blender akan berkurang tajamnya kerana kerap digunakan. Maka masa mengisar akan mengambil masa lebih lama, jadi ada beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk tajamkan kembali mata pisau belender yang sudah tumpul ini.
Tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insha Allah mata blender akan tajam seperti baru!
CARA TAJAMKAN BLENDER GUNA BAHAN DI RUMAH. MUDAH & BERKESAN!
1. GARAM KASAR
Hampir setiap rumah mesti ada garam kasar, kan?
Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.
Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.
Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.
Ulang beberapa kali, selepas itu cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
2. AIS KETUL
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi aisnya lebih keras.
Mudah je caranya, hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Mudah kan!
3. BERAS
Yang ketiga adalah boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Lepas tu, lihatlah hasilnya. Anda akan dapati bilah blender lebih tajam macam baru beli!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku