Wanita ini kongsi 3 bahan wajib letak supaya masakan anda jadi lebih sedap
MASAKAN MELAYU SINONIM DENGAN PETUA-PETUA
Cara memasak orang dulu-dulu tidak sama dengan kebanyakkan orang-orang hari ini. Orang dulu-dulu jika masak sahaja ke dapur untuk memasak pasti ada peraturannya, ada petua-petua yang digunapakai untuk menjadikan sesuatu masakan lebih sedap
Sehingga sekarang petua-petua ini masih digunakan terutamanya di dalam masakan Melayu itu sendiri.
3 BAHAN WAJIB PENYEDAP MAKANAN
Antara petua yang boleh anda gunakan atau amalkan dalam memasak sesuatu hidangan adalah wajib menggunakan 3 bahan ini di dalam masakan. Difahamkan 3 bahan ini boleh membuatkan masakan anda jadi lebih sedap.
Tips masakan daripada orang lama. Ada 3 bahan utama saya guna yang diajar oleh orang-orang lama atau yang lebih berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
PERTAMA : SOS TIRAM
Biasanya untuk masak sayur, sup, saya guna sos tiram. Jika masakan saya tawar (biasanya nasi/mee/bihungoreng), saya gunakan sos tiram untuk menambah rasa masin agar mudah sebati berbanding garam.
KEDUA : GARAM KASAR
Arwah mak ajar saya masakan menggunakan garam kasar lebih sedap berbanding garam halus. Terutama ketika menggulai atau yang berkuah.
KETIGA : NISE ATAU GULA MELAKA
Jika masakan memerlukan rasa manis, saya gunakan nise sebagai pengganti kepada gula. Nise menghasilkan rasa manis berlemak berbanding gula. Jika masak sambal, nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
Sumber/Foto : Nuha | Facebook