3 Bahagian Lelaki & 4 Bahagian Wanita. Mari Kita Hadam Bab Aurat

Akan tiba satu zaman, manusia tidak mempedulikan hal ehwal halal dan ha(ram) sama ada dalam bentuk makanan atau minuman, harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan.

DI antara tanda-tanda dekatnya hari kia(mat) ialah apabila lelaki dan wanita sudah tidak mengikut syariat agama yang ditetapkan, bahkan lebih mengutamakan fesyen yang terkeluar daripada adab dan tatasusila yang diterapkan Islam. Ramai yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat sehingga menampakkan perhiasan, rambut (wanita) dan bahagian yang sepatutnya ditutup. Perkara ini mula berkembang dengan pantas apabila portal pembelian dalam talian mengeluarkan fesyen terkini yang nyata terkeluar daripada syariat Islam.

AURAT LELAKI DAN WANITA

ADVERTISEMENT

Tahun baru ni, mari kita hadam bab aurat. Tutup kerana Allah سبحانه و تعالى . Yang aurat masih terbuka atau keliru macam mana, saya nukilkan khulasah dari kitab Hasyiah Sittin Masalah oleh Al-Allamah Al-Fadhil As-Syeikh Ahmad Al-Muyahhi As-Syurbini (لعل الصواب demikian cara bacaannya kata Syeikh Toha)

AURAT LELAKI : 3 bahagian

(1) Di dalam solat : Ialah antara pusat dan lutut

  • Begitu juga keadaan aurat ini jika sesama mahram wanita dan sesama lelaki sahaja

(2) Aurat dari sudut wanita ajnabi memandang lelaki: – keseluruhan badan lelaki

ADVERTISEMENT
  • Iaitu wanita ajnabi tidak boleh memandang keseluruhan badan lelaki termasuk muka dan telapak tangan sekalipun aman dari fit(nah) walaupun berstatus hamba, maka haram memandang sesuatu daripada perkara ini
    Tanbih: Lelaki tidak diwajibkan menutup keseluruhan badan, tapi berdo(sa) pagi wanita yang memandang kerana Allah untuk menundukkan pandangan, turut dikenakan kepada wanita juga.

(3) Aurat ketika bersendirian : Ialah wajib menutup dua kema(luan).

  • Ini sebagai tanda beradab kepada Allah

AURAT WANITA : 4 bahagian

ADVERTISEMENT

(1) Di dalam solat: Seluruh badan kecuali muka dan dari telapak tangan sehingga ke pergelangan tangan

Maka berjaga-jaga jangan terlihat telapak kaki terutama ketika qiyam dan sujud

(2) Aurat di luar solat pada pandangan lelaki ajnabi iaitu: Seluruh badan termasuk muka dan telapak tangan sekalipun aman dari fit(nah) , haram memandang kepada semua ini sekalipun potongan kukunya

  • [Tanbih: Adapun jika ada keperluan / hajat seperti kerana perubatan, pengajian, saksi, urusan jual beli.. semua ini ada hajat, maka diharuskan melihat dengan kadar hajatnya sahaja
    Lelaki pandang wanita tanpa sebarang hajat seperti yang disebutkan, adalah berdo(sa) kepada lelaki tersebut]

(3) Aurat sesama mahram lelaki / sesama wanita Islam dan begitu juga ketika bersendirian : Auratnya ialah antara pusat dan lututnya

  • [Tanbih: Namun untuk mengelakkan fit(nah) atau keburukan, maka pakailah pakaian yang menutup bentuk tubuhnya dari terdedah]

(4) Aurat sesama wanita ka(fir): Apa yang boleh kelihatan ketika membuat kerja sahaja (seumpama kaki, lengan tangan Wallahualam)

*** Perkataan tanbih bermaksud perhatian yang alfaqir sebutkan hasil dari taakid bersama guru-guru.

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Ustaz Muhd Shahir

ADVERTISEMENT

Related articles