Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Illahi apbila impian bersama-sama isteri kini tercapai dengan terjalinnya kerjasama dengan beberapa tadika swasta di seluruh Malaysia untuk mendirikan sekolah pendidikan khas.
Menurut Ahmad Idham, usaha tersebut diadakan bagi memperluaskan lagi akses terhadap sekolah pendidikan khas sejak diusia kanak-kanak lagi.
Mengimbau kembali, dia sebolehnya tidak mahu para ibu bapa yang lain turut merasai kepayahan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan awal seperti mana yang pernah dia lalui lebih kurang dua dekad yang lalu.
“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.
“Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk Anak saya, Ahmad Firdaus. Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya,” kongsinya di laman Instagram.
Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz mempunyai seorang anak isimewa yang bernama Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 21.
Dalam masa yang sama, dia juga mahu memastikan anak-anak istimewa ini mendapatkan pendidikan yang terbaik terutamanya dalam aspek pengurusan diri.
“Anak-anak istimewa ini luar biasa dan mereka memerlukan sistem Pendidikan Khas yang sistematik dan komprehensif agar anak-anak ini dapat mengikuti proses pembelajaran dalam rangka untuk mendidik mereka berdikari dalam pengurusan diri
“Saya terpanggil untuk mengisi kelom¬pongan ini agar mereka yang mempunyai anak-anak istimewa ini dapat memberikan pendidikan sebaiknya buat anak-anak mereka,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan inisiatif ini juga bakal menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja buat anak-anak isti¬mewa ini tetapi juga buat para ibu bapa dan pendidik.
Taambahnya lagi, ‘saya juga mahu menyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan pro¬gram sokongan bersama komuniti ibu bapa yang ada anak istimewa.’
“Dan juga menyediakan lati¬han untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program kekeluargaan dari masa ke masa.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Sumber/Foto : @ahmad_ilham via Keluarga, Rencah Rasa