2 Zikir Ringkas Bagi Hadirkan Ketenangan Dalam Hati Ketika Diuji Rasa Gelisah.

Bagaimana untuk mendapat ketenangan?

Sering kali kita merasa gelisah dan kadang kala kita tak pasti apa yang kita gelisahkan.

Cara paling berkesan untuk mendapat ketenangan hati ialah dengan berzikir kepada Allah SWT dengan khusyuk.

Hal itu disebut di dalam Surah ar-Ra’d, ayat 28

لَّذينَ آمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ

“Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah adalah satu ibadat agung. Dengan mengingati Allah SWT, seseorang hamba mendekatkan dirinya kepada Allah dan mengisi masa dengan perkara yang sangat bermanfaat.

Berikut adalah perkongsian daripada Ibn L-Abidin yang berkongsi 2 zikir ringkas  bagi hadirkan ketenangan dalam hati ketika diuji rasa gelisah.

Kongsi Ustaz,

2 zikir ringkas ini diajar ulama bagi hadirkan ketenangan dalam hati ketika diuji rasa gelisah.

Pertama : (يا لطيف) Ya Lathif 

Pertama membaca (يا لطيف) Ya Lathif 129 kali. Kemudian disusuli dengan apa-apa doa.

Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Kedua : (بِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم) Bismillahirrahmanirrahim

Kedua menyebut ِبِسمِ اللّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم  sebanyak 19 kali, lalu diiringi dengan hajat yang diinginkan.

****

Ulama menyebutkan, apabila kita dalam keadaan diuji dengan kesempitan, sebutlah nama-nama Allah SWT yang merujuk kepada sifat “Jamal”.

Sifat Jamal adalah nama lain bagi sifat-sifat yang menunjuk kepada kebaikan dan kelembutan Allah dalam berinteraksi dengan hambaNya.

Sama-sama kita cuba amalkan.

Sumber : Ibn L-Abidin

Related articles