2 Peristiwa Penting Selain Laungan Merdeka Oleh Tunku Abdul Rahman Yang Ramai Tidak Tahu.

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 pada tahun ini tidak lama lagi. Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2020 ialah Malaysia Prihatin

Di sini, kami  ingin kongsikan beberapa fakta yang mungkin hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah kemerdekaan oleh Saudara Syahir Sulaiman melalui videonya (video disertakan di bawah)

Kebanyakan daripada kita hanya tahu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan tarikh 16 Sepember 1963 merupakan Hari Penubuhan Malaysia.

Apabila kita berbicara mengenai tentang pengistiharan  Negara pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Ramai di antara kita akan tergambar Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman selepas beliau selesai membaca teks Pemasyhuran Kemerdekaan pada 1957.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958

Cuma di sana tahukah anda selain daripada Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman tersebut ada beberapa peristiwa yang begitu penting antaranya Laungan Azan oleh Al-marhum Ustaz Hassan Azhari dan Bacaan Doa oleh Al-marhum Syeikh Haji Ahmad Muhammad Said, Mufti Negeri Sembilan.

Laungan Azan bagi Negara yang baru merdeka ini meyeru kepada tiap-tiap rakyat supaya memperbaharui semula pembaktian kepada Tuhan dan Raja.

Tonton video yang disediakan oleh Saudara Syahir Sulaiman ini.

Hayati mesej di sebalik doa yang dibaca ketika Pengisytiharan Kemerdekaan Negara oleh Almarhum Syeikh Haji Ahmad Muhammad Said, Mufti Negeri Sembilan, serta laungan azan oleh Almarhum Ustaz Hassan Azhari di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan.

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi ke.ji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melam.pau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

#DoaMerdeka #1957

Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman selepas beliau selesai membaca teks Pemasyhuran Kemerdekaan pada 1957.

INFO MERDEKA

1. TUNKU Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

2. TARIKH kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957 dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.

3. PENGISYTIHARAN rasmi kemerdekaan berlangsung di Stadium Merdeka dan disambut dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

4. KETIKA pertandingan reka bentuk Bendera Malaysia, sebanyak 373 reka bentuk bendera dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendek sebelum bendera ciptaan arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru, Allahyarham Mohamed Hamzah dipilih dan digunakan secara rasminya pada 16 September 1963.

5. PADA asalnya, Jalur Gemilang mempunyai 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Related articles