2 Penyakit ‘Pencukur Kepada Agama’ Yang Amat Rasulullah Risaukan Pada Umat Akhir Zaman

Penyakit umat akhir zaman !

2 penyakit yang sangat Rasulullah صلى الله عليه وسلم risaukan pada umat. Diceritakan satu kisah oleh Habib Ali Zaenal Abidin

“.. Wahai Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم, aku diperintahkan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ menunggu izin daripada engkau untuk mengangjat dua gunung ini dan dicampakkan kepada penduduk Taif. Yang melempari Nabi, yang mengusir Nabi, yang menghīna kepada Nabi صلى الله عليه وسلم

ADVERTISEMENT

Kata Nabi صلى الله عليه وسلم,

Ya Allah, berilah hidayah kepada kaum aku, sesungguhnya meraka tidak mengetahui..

Diberikan bahagian rahmat oleh Nabi صلى الله عليه وسلم, hatta kepada orang yang melempari, hatta tidak beriman kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

ADVERTISEMENT

“ Aku berharap daripda sulbi-sulbi mereka adanya keturūnan yang akan membela kepada agama ini..” kata Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kesemua ini bila mana menjadi pegangan dalam hidup kita akan nampak keindahan Islam melalui perhubungan antara manusia, baik orang Islam dengan orang bukan Islam melalui rahmat yang sesuai dengan syarak yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

ADVERTISEMENT

Ketiadaan kasih sayang yang menjadi teras perhubungan akan digantikan dengan lawan daripada kasih sayang iaitu kebencīan dan kedengkīan yang dua perkara ini penyakït yang amat dikhawatiri oleh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Yang dua penyakīt ini merupakan penyakīt ‘common’ terjadi kepada setiap umat yang ada hatta sebelum Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Beliau sendiri yang mengingatkan kepada umatnya, mengatakan kepada para sahabat yang hadir dihadapan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

‘ Akan menimpa kepada kamu secara merata penyakīt yang menimpa kepada umat sebelum kamu,

Apakah penyakīt itu Rasulullah?

Kata Nabi صلى الله عليه وسلم iaitu hasād dan dendām

yang kata Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dua penyakīt ini ibarat pīsau cukur. Aku tidak katakan pencūkur rambut, tetapi pencūkur kepada agama.

akan dihakīs agama ini kerana dengkī dan hasād serta bencī, akan ditinggalkan diketepikan agama ini kerana hāsad dengkī dan bencī.

Bukankah apa yang berlaku dizaman kita sekarang sesama umat Islam melepasi daripada batasan yang jelas ianya melanggar syarak seperti pembūnūhān , seperti hal-hal yang menodaī kehormatan dan nyawā orang lain. Dibunūh tanpa sebab yang benar.

Apa sebabnya?

Hasād, dengkī dan bencī.

Demikian yang berlaku pada umat manusia dahulu dan umat manusia daripada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Diingatkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan dua penyakīt ini dengan dikedepankan oleh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bagaimana menerapkan konsep ‘rahmatan lil ‘alamin’ tadi sesama manusia bahkan seluruh makhluk agar supaya penyakīt ini tidak termasuk ke dalam hati manusia.

Selagi rahmat itu tidak menjadi pegangan umat Islam maka akan terbuka dua pintu pēnyakīt tersebut dan akan masuk kedalam hati umat Islam sehingga yang akan berlaku buka kedamaian
, bukan ketenteraman akan tetapi saling menghasād, saling mengdengkī, saling menjatuhkan. saling memburukkan, saling menghīnā, saling merendahkan disebabkan ketiadaan rahmat dan bersemadinya di dalam daripada sifat kedengkīan dan sifat kebencīan.

Kita berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى‎ mudah-mudahan hati kita ini dipenuhi dengan rahmat mewarisi daripada rahmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎ mengabulkan permintaan kita dan untuk medapat layanan rahmat daripada Allah, untuk medapatkan layanan maghfirah daripada Allah‎ , untuk medapatkan layanan hidayah daripada Allah , dan untuk mendapatkan layanan taufik daripada Allah سبحانه و تعالى‎

Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎ berikan kepada kita kekuatan dalam keimanan dan diberikan kekuatan pada akal dan minda untuk mengambil ikhtibar daripada sirah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , dianugerahi oleh Allah untuk memahami konsep agama yang penuh dengan kesederhanaan di dalam akal fikiran, dalam ibadah, dalam kehidupan dan juga dalam pergaulan sesama manusia.

Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎, berikan kepada kita taufiq dan Allah سبحانه و تعالى‎ catit kita dalam kalangan orang-orang yang akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah سبحانه و تعالى‎

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : The Bilal

ADVERTISEMENT

Related articles