2 Amalan Barang Siapa Menjaganya Dijamin Masuk Syurga Tapi Sedikit Yang Mengamalkannya

Ada dua (2) amalan, barang siapa yang menjaganya dijamin masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga)

Di sebutkan di dalam satu riwayat hadis,

Dari Abdullah bin Amr, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya,

ADVERTISEMENT

Mensucikan Allah yakni Bertasbih (Subḥānallāh –  سُبْحَانَ ٱللّٰهِ) setiap kali setelah selesai mendirikan solat fardu (wajib) sepuluh (10) kali, memuji-Nya – Bertahmid (Alhamdulillah – ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ) sepuluh (10) kali dan membesarkan-Nya – Bertakbir (Allahu Akbar – الله أكبر) sepuluh (10) kali.

Maka yang demikan itu menjadi seratus lima puluh (150) kali bacaan (30 x 5 solat fardu = 150) dan seribu lima ratus (1500) kali pada timbangan.

Kemudian bertakbir (Allahu Akbar – الله أكبر) tiga puluh empat (34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid (Alhamdulillah – ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ) tiga puluh tiga (33) kali dan bertasbih (Subḥānallāh –  سُبْحَانَ ٱللّٰهِ) tiga puluh tiga (33) kali,

Maka yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu (1000) pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus (2500) kesalahan?”

ADVERTISEMENT

Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?”

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Kerana syai-tan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syai-tan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu, terus dia bangun dan tidak mengucapkannya.

ADVERTISEMENT

Kemudian syai-tan datang kepadanya apabila dia hendak tidur lalu syai-tan meni-durkan-nya sebelum dia mengucapkannya.”

Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

(Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ahmad, An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Boleh tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut :

Ringkas 2 amalan tersebut adalah :

Pertama :  Setiap kali selesai solat fardu bacalah

  • ( Subḥānallāh –  سُبْحَانَ ٱللّٰهِ ) x 10 kali
  • ( Alhamdulillah – ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) x 10 kali
  • ( Allahu Akbar – الله أكبر ) x 10 kali

Kedua : Dibaca sebelum tidur

  • ( Allahu Akbar – الله أكبر ) x 34 kali)
  • ( Alhamdulillah – ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) x 33 kali
  • ( Subḥānallāh –  سُبْحَانَ ٱللّٰهِ ) x 33 kali

 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga & sahabat-sahabat anda !

 

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : viralmalaysiaku

ADVERTISEMENT

Related articles