BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
Perkongsian Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
1. Līpat tīlam dan bantal yang selesa, hidupkan malam dengan amal.
2. Ingat kembali usia yang telah dilalui , hitung masa yang banyak terbūang
- Jangan banyak rehat dan hīburan yang melēkakan.
- Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
- Jangan banyak bersēnang kerana kematīān semakin hampir.
3. Imam al-Syafie apabila mencecah usianya 40 tahun, beliau akan membawa bersamanya sebatang tongkāt kerana ia akan memberi perīngatan buat dirinya bahawa dia sedang menuju ke Akhīrat
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun, syāītan dah nobat sebagai rakannya untuk ke nērāka.
5. Kurangkan fikir hal dunīa.. kumpul amalan untuk mātī.
6. Pada usia ini.. tukarkan niat kerja kerana Allah سبحانه و تعالى . Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah سبحانه و تعالى.
7. Apa harta yang ada pada umur ini.. cukuplah kerana itu saja rezeki yang Allah سبحانه و تعالى bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal.. kurangkan pesōna kepada dunīa.. jika tidak terus tertīnggal akhīrat.
8. Jangan tamāk dengan dunīa. Ingat dunīa bukan lagi milik kita.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru,
“Wahai anak yang berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematīaan, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah yang kamu belum lakukan untuk mātī .. wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada..”
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah pada diriku rasa kesyukuran di atas nīkmat-nīkmat yang telah Engkau kurniakan padaku dan ke atas kedua ibu bapaku yang sentiasa mendidikku dan aku ingin sentiasa didorong untuk melakukan amalan-amalan salih yang Kamu redhai”.
11. Banyakkan taubāt – 70 kali sehari
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama,
‘ Hanya Islam yang jadi pegangān sehingga matī. ‘
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah سبحانه و تعالى.
14. Tingkatkan iman dan ibadah, tingkatkan amalan sunat.. solat lebih khusyuk, solat diawal waktu, sentiasa solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudāh, jauhi dan hindari lah sifat-sifat Mazmumāh.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Azura Hashim