10 Hari Pertama Zulhijjah, Apa Yang Perlu Kita Tahu & Lakukan

Apakah sejarah keagungan hari 1-10 pertama Zulhijjah dan sebahagian amalannya

Ia adalah hari Pekerja Islam, Hari Nabi Musa, Hari Ibu, Hari Isteri, Hari Ayah, Anak-Anak, Hari perkenalan semula

1) HARI PEKERJA

Berkata Habib Abu Bakar Al-Adni Al-Masyhur:

“Jika kamu ingin mengetahui hari raya bagi pekerja, maka ia adalah 1-10 Zulhijjah bukannya 1 Mei kerana ia adalah hari kita bekerja untuk meningkatkan amal dan pahala dilipatgandakan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ ”

Antaranya lagi puasa hari Arafah yang mana Nabi صلى الله عليه وسلم mengharap disisi Allah سبحانه و تعالى‎ agar diampunkan dōsa kepada orang yang berpuasa 2 tahun, setahun yang lepas setahun yang akan datang. Ada juga riwayat diampunkan dōsa 10 tahun

2) HARI MUSA عليه السلام

Dahulu ia dikenali dengan nama tersebut. Diriwayatkan bahawa Allah سبحانه و تعالى‎ memerintahkan Nabi Musa عليه السلام berpuasa selama sebulan pada bulan Zulqaedah, dan Allah سبحانه و تعالى‎ akan bercakap dengan baginda pada hari terakhir berpuasa.

Namun, pada hari terakhir ketika naik bukit Tursina Baginda membawa kayu sugi lalu menyugikan bau mulut baginda, maka dengan itu Allah سبحانه و تعالى‎ tambahkan lagi 10 hari iaitu 10 hari Zulhijjah yg pertama

3) HARI BERSEJARAH BAGI IBU & AYAH

-Ketika Allah سبحانه و تعالى‎ merintahkan Nabi Adam عليه السلام & Sayyidatuna Hawwa untuk turun ke bumi, maka Nabi Adam عليه السلام berada di Indīa manakala Sayyidatuna Hawwa berada di Jeddah. Lalu masing-masing mencari di antara satu sama lain akhirnya bertemu di satu padang yang dikenali sebgai Arafah .

Waktu tersebut merupakan hari perkenalan semula Nabi Adam عليه السلام dan Sayyidatuna Hawwa yang merupakan nenek moyang kita, iaitu pertemuan yang penuh kebahagian

Di dalam Islam tiada istilah hari ibu pada 21 Mac, bahkan setiap hari merupakan hari ibu dan ayah yang wajib bagi seorang anak meraikannya setiap hari

4) HARI ISTERI

Ia juga adalah hari yang mana Sayyidatuna Hawwa berasa amat seronōk apabila bertemu semula dengan Nabi Adam عليه السلام

5) HARI ANAK-ANAK

Ini kerana pada 10 Zulhijjah merupakan hari hendak disēmbelīhnya Nabi Ismail عليه السلام , lalu kerana kejujuran dan ketaatan Baginda terhadap Allah سبحانه و تعالى‎ dan juga ayahnya Nabi Ibrahim عليه السلام , maka Allah سبحانه و تعالى‎ gantikan dengan kibasy dari syurga

Maka, ibu ayah disarankan untuk membahagiakan anak-anak terutama pada hari raya yang mana tuntutan utama hari raya ialah pada Aidul Adha.

Ini adalah sebahagian hari kebesaran Islam yang ada dalam 10 hari pertama yang kesemua ini merupakan sejarah yang melibatkan para Anbiya, maka pasti ia mendatangkan pahala dan keuntungan

Kata Habib Abu Bakar Al-Adni lagi:

” Umat apabila melupakan sejarah, akan hilanglah bangsanya”

Bulan Zulhijjah Jangan Kita Lalai- Amalan Digandakan Pahalanya

Al-Imam Al-Baihaqi رحمه الله تعالى meriwayatkan di dalam kitabnya (
‎فضائل الأوقات ) beberapa keagungan dan fadhilat amalan berkaitan bulan Zulhijjah

1- BULAN YANG PALING AGUNG KEHORMATAN

‎عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال رسول الله ﷺ : سيد الشهور شهر رمضان وأعظمها حرمة ذوا الحجة

Daripada Sayyiduna Abi Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه , sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

(( Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadhan manakala yang paling agung kehormatan ialah bulan Zulhijjah ))

2- AMALAN DILIPAT GANDAKAN

Terdapat petikan dari riwayat Sayyiduna Ibn Abbas رضي الله عنهما

‎والعمل فيهن يضاعف سبعمأئة ضعف

((Dan amalan padanya (Zulhijjah) digandakan sehingga 700x)

Al-Hafidz Ibn Rejab Al-Hambali merekodkan:

‎‏‎ “وأما نوافل عشر ذي الحجة؛ فأفضل من نوافل عشر رمضان، وكذلك فرائض عشر ذي الحجة، تضاعف أكثر من مضاعفة فرائض غيره”.
‎(فتح الباري: ١٦/٩)

“Dan adapun amalan-amalan sunat pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah LEBIH AFDOL dari amalan sunat di 10 terakhir Ramadhan.

Begitu juga amalan fardu pada 10 hari pertama Zulhijjah lebih dilipatgandakan pahala dari amalan fardu selain bulannya ” -Fathul Bari 9/16.

Maka kerana itu baginda Nabi صلى الله عليه وسلم berpesan untuk kita BANYAKKAN menyebut

‎لا إله إلا الله (tahlil) الله أكبر (takbir)

Maka dengan inilah , ulama susun untuk pelbagaikan jenis zikir tahlil dan takbir ini.

Cuba bayangkan jika 10 hari pertama Zulhijjah jika kita pulun beramal?

3-Puasa sehari seumpama setahun dan qiyamullail malamnya seumpama mendirikan lailatulqadar

Petikan hadis yang diriwayatkan dari Sayyiduna Abu Hurairah رضي الله عنه

‎يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة بقيام ليلة القدر

((Menyamai puasa sehari daripadanya (bulan Zulhijjah) seperti puasa setahun

Dan bangun pada setiap malam (qiyamullail) adalah menyamai seperti mendirikan lailatulqadar ))

Jika 9 hari ini berpuasa, seumpama puasa 9 tahun, jika qiyamullail satu malam menyamai ibadah pada malam al-Qadr iaitu 83 tahun 4 bulan. Ini baru sehari, jika 10 hari qiam, bayangkan…

Sebenarnya kata para ulama cukup memadai berkaitan firman Allah yang Allah سبحانه و تعالى‎ bersumpah padanya

‎( وَٱلۡفَجۡرِ ۝ وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ)

[Demi waktu Subuh dan demi 10 hari -iaitu 10 hari pertama Zulhijjah)

Allah سبحانه و تعالى‎ yang AGUNG tidak akan bersūmpāh melainkan perkara itu agung/besar keutamaannya.

Tambahan pula, baginda sendiri memberikan semangat untuk kita beramal kerana amal padanya LEBIH DIKASIHI ALLAH

‎عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ”، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”

Daripada Sayyiduna Ibn Abbas رضي الله عنهما berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

((“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai padanya (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah))”. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah, Sekalipun jīhad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

(( Sekalipun jīhād pada jalan Allah, melainkan seseorang yang keluar (berjīhād) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi )

Maka, orang yang CERDIK ialah mereka yang memerhatikan apa yang disebut bahkan apa yang disumpah oleh Allah سبحانه و تعالى‎ serta apa yang digalakkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Wallahualam
Catatan Abu Abbas Sidqi
Abu Abbas Sidqi
Shah Alam, Selangor

Darul Fath Wal Madad

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Muhd Shahir

Viral Malaysia Ku

Related articles