Konsep rumahku syurgaku bukanlah hanya tertumpu kepada rumah yang besar, perabot yang mewah tetapi ianya mempunyai sebuah nilai kekeluargaan, kasih sayang yang besar di antara setiap penghuni dalam rumah dan paling utama dapat memberi ketenangan kepada penghuninya.
Tidak kira rumah besar, sederhana ataupun kecil namun jika rumah itu dapat memberi ketenangan kepada penghuninya maka itu adalah kenīkmatan pada jiwa dan hati seseorang. Justeru rumah-rumah orang beriman itu punya ciri-cirinya. Jom kita lihat.
1. MERIAH DENGAN MEMBERI SALAM
Firman Allah سبحانه و تعالى :
فَإِذا دَخَلتُم بُيوتًا فَسَلِّموا عَلىٰ أَنفُسِكُم تَحِيَّةً مِّن عِندِ اللهِ مُبٰرَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu hendak memasuki rumah, berilah salam sesama kamu sebagai aluan daripada Tuhan kamu yang berkat lagi baik” (Surah An-Nur 24:61)
2. MERIAH DENGAN SOLAT
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ
“Hendaklah kamu solat di rumah, Sesungguhnya sebaik-baik solat seseorang ialah dirumah melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
3. MERIAH DENGAN BACAAN AL-QURAN
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu bak perkūbūrān. Sesungguhnya syaītān menjauhi rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim)
4. MERIAH DENGAN ZIKRULLAH
“Perbandingan antara rumah yang di dalamnya Allah سبحانه و تعالى diingati dengan rumah yang Allah سبحانه و تعالى tidak diingati langsung adalah sama seperti perbandingan orang yang hidup dan yang mātī.” (Hadis Riwayat Muslim)
5. AURAT TERJAGA
Atha’ bertanya kepada Ibnu Abbas رضي الله عنهما , “Dua orang adik perempuānku itu duduk dirumahku, akulah yang menjaga dan menanggungnya lalu adakah tetap aku perlu meminta izin?”
“Ya!” Lalu Ibnu Abbas رضي الله عنهما menyambung,
“Adakah kamu suka melihat mereka tēlanjāng?”
6. SUASANA KASIH SAYANG
Firman Allah سبحانه و تعالى :
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zurīat keterūnān kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.’” (Surah al-Furqan 25 : 74)
7. BERSIH
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
“Sesungguhnya Allah Maha Baik, suka akan kebaikkan. Bersih , suka kebersihan. Mulia , suka akan kemuliaan. Pemurah , suka akan sikap oemurah. Maka, bersihkankah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai yāhūdī.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
8. CANTIK
“Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya, ‘Bagaimana dengan seseorang yang suka bajunya cantik-cantik?’
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan, ‘Sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى cantik dan suka akan kecantikan.’” (Hadis Riwayat Muslim)
9. SELAMAT
‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpesan, ‘Jangan kamu membiarkan api menyala di dalam rumah kamu ketika kamu tidur.’” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
10. MENYERONOKKAN
Rumah Mukmin ceria. Senda gurau sesama keluarga
Ayuh kita hidupkan rumah-rumah kita sepanjang tempoh PKP ini yang rata-rata dalam kalangan kita menghabiskan banyak waktu di dalam rumah masing-masing.
Jangan lupa usaha kecil kita, perbanyakkan Taubat, Istighfar dan Zikir, mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى angkat wabāk yang melanda dunia ketika ini khususnya negara Malaysia yang kita cintai ini. Amin Allahuma Amin Ya Rabb
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Video : Sakeena TV
Oleh : Viral Malaysia Ku