10 Benda Bila Bergaduh Suami Isteri, Kita Tak Boleh Sebut

Rumahtangga ada pasang surutnya, ada cuacanya. Tidak semestinya cerah sepanjang masa. Terkadang cuacanya mendung, terkadang cuacanya ribut melanda.

Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah berga-duh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama.

Berjauh hati, berma-sam muka, mera-juk, berse-lisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga.

Dah namanya manusia. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.

Perga-duhan antara suami isteri kadangkala berlaku disebabkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama.

Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.

Dalam satu kuliah yang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Kazim Elias ada menegaskan supaya kita jangan melampau-lampau dalam bab berga-duh.

Kami ringkaskan nasihat al Fadhil ustaz untuk para pembaca sekalian. Namun jika pembaca dapat tonton video rakaman dibawah adalah lebih baik. Kerana ada point point penting yang disentuh oleh Ustaz Kazim Elias.

Menurut Ustaz, ada 10 benda yang tuan puan bila berteng-kar, tuan puan tak boleh sebut. Jika kita berteng- kar dengan suami/isteri kita. 10 benda ni tuan puan TAK BOLEH sebut. Pantang besar bila berga-duh suami isteri

# – JANGAN HI’NA MAK AYAH DIA

Contoh : ” Menyesal aku terima pinangan pak hang dulu.. (kita kata kat laki kita).. “.. Pak dengan anak serupa ja.. mak dengan anak serupa ja perangai, dua dua la-nun.. 

Jangan sesekali sebut semisalnya seperti diatas bila kita berteng-kar

# – JANGAN DIUNGKIT 

Contoh : “Tu baju hang dari tudung sampai kaki seluar hang pakai tu siapa beli? Tak aku beli.. (kata suami pada isteri). Habis tu yang selama ni masak tu siapa? (kata isteri pada suami)

Jangan ungkit, tu pantang bila berteng-kar kita ungkit.

# – JANGAN SEBUT.. “NI LAST KITA JUMPA… LEPAS NI AKU TAK MAU JUMPA DAH HANG, TAK MAU KAT HANG

Jang sebut, jangan cakap.. pantang sungguh sebut seperti diatas

# – JANGAN BERTENG-KAR DEPAN ANAK-ANAK SEBAB AKAN JADI CONTOH 

Contoh : Bapak dok tarik rambut mak, digoncang pula depan anak-anak.

# – JANGAN ANGKAT TANGAN, ANGKAT KAKI, ANGKAT KAYU

Jangan berlebih-lebih, bila nak ma-rah duduk, tak boleh duduk tidur, tak boleh tidur terjun dalam kolah air.. bagi sejuk

# – JANGAN HI’NA DIA (SUAMI/ISTERI)

Contoh : tak padan dengan hidung kembang, tak padan dengan ge-muk pendek. 

Jangan dok hi-na dia.. tu pantang

# – JANGAN MENINGGIKAN SUARA 

Contoh : menjerit… ‘jantan tak gunaaaa’… tak pun ‘abangggggg’.

Cakap lembut-lembut, cakap elok elok.. kalau boleh cakap dalam bilik.

# – JANGAN GA-DUH LAMA-LAMA

# – PANTANG YANG TERAKHIR -JANGAN ADA HANDPHONE

update status, viral kat media sosial. Percayalah ia akan membur-ukkan keadaan. Pantang sungguh. Tapi itu lah yang hari ini ramai orang buat. dan kebiasaanya berakhir dengan pence-raian. Moga Allah jauhkan

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Related articles